"Masalah lipas dalam kereta tak habis-habis?"
Kenali apa itu lipas ‘German Cockroach’
Lipas sangat mudah membiak dalam kereta. Yang pastinya sesuatu tempat itu mesti ada sisa makanan. Siapa ada anak-anak kecil makanan berselerak atau tumpah dalam kereta itu perkara biasa. Tetapi kalau dibiarkan terlalu lama tanpa melakukan pembersihan, lipas jenis ini sangat cepat menghidu sisa makanan.
Tetapi tidak perlu risau, setiap masalah ada cara penyelesaiannya.
Produk ini direka khas untuk membasmi lipas di dalam kereta. Tetapi AWAS!! Produk ini mengandungi racun serangga. Jadi ia amat bahaya pada kanak-kanak. Oleh itu sila letak di tempat yang tinggi jauh dari capaian.
Cara penggunaannya sangat mudah. Sila ikut aturan berikut:
- Pastikan tiada orang lain disekeliling anda sebelum melakukan semburan.
- Halakan semburan pada tempat laluan lipas tersebut yang anda fikir ia lalu di situ.
- Sembur 2-3 kali untuk setiap tempat dan biarkan semalaman sehingga kering.
- Adalah lebih baik semburan dilakukan pada sebelah malam kerana lipas ini keluar mencari makanan pada waktu di mana manusia tiada disekeliling.
- Keesokan paginya anda boleh lihat ia mati di lantai kereta dan anda boleh terus bawa ke carwash untuk pembersiahan.
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda.